Followers

Labels

Saturday, June 25, 2011

Menarik !!!



Salam n Good Day.

Wow. Lama x update blog hamba-Nya.
entri kali ni nak cakap tentang insan yang berada di foto itu.
Adakah kalian mengenalinya. Untuk kaki bola mesti kenal bukan.

Baiklah. Pengenalan buat diri yang bergelar hamba ALLAH ini

Nama beliau : Frederic Omar Kanoute.
Negara : Mali (Benua Afrika)
Kelab : Sevilla (Kalau x silap)

Ok. Fakta menarik mengenai hamba ALLAH ini. Beliau seorang Muslim. Memang banyak pemain bola sepak muslim yang kita tidak kenal bukan. Ini lah wajah salah seorangnya.

Fakta beliau ialah, beliau menolak untuk menggunakan jersi terbaru Sevilla yang ditaja oleh syarikat 'beer' yang kita tahu beer haram disisi Islam. Kelab tersebut terpaksa merubah design jersi tersebut sebagai tanda hormat kepada beliau. Hebat bukan!!

Satu fakta menarik lagi, pada tahun 2007. Beliau mendapat tahu bahawa hanya satu-satu masjid di Sevilla akan dimusnahkan. Dan beliau mengambil langkah untuk membeli tanah di kawasan masjid tersebut dengan wang beliau agar masjid itu tidak dimusnahkan. Yang lebih menarik, beliau tidak mahu komen tentang perkara tersebut. Yang Hamba-Nya faham. Beliau tidak mahu isu ini dibesar-besarkan. *Kebaikan yang dibuat lebih baik jangan diungkit*

Dan fakta yang paling menarik ialah ketika waktu berlatih atau istilah matsalleh - training. Beliau meninggalkan kem latihan sekiranya telah masuk waktu solat. Hamba-Nya sungguh tertarik dengan perwatakan beliau. Masa berganti masa, pihak pengursan kelab memberi amaran kepada beliau. Mereka mengambil langkah untuk memotong gaji. Beliau pun setuju dan berkata "Take whatever you want". Merasa tindakan itu tiada baiknya, akhirnya jurulatih beliau terpaksa menghentikan waktu latihan bila tiba waktu solat.

Wow. Menarik bukan. Alhamdulillah sekiranya beliau berbuat sedemikian.
Sejauh mana fakta ini. Hanay Allah yang tahu. Waalahualam ^_^