Followers

Labels

Monday, February 21, 2011

CINTA..



Assalamua’laikum & Salam buat semua
Enrti kali ini berkisar tentang cinta, (Cinta Lagi)

Kali ini, hamba-Nya ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang hamba-Nya peroleh. Cinta itu fitrah & hamba-Nya yakin semua mengetahuinya.

Dan apa tujuan ALLAH menganugerahkan perasaan cinta kepada kita. Dan mengapa cinta ini wujud dalam diri kita.?
JENG JENG JENG...

TUJUAN CINTA.
Tujuan cinta ialah sebagai jalan untuk menjadi hamba ALLAH. Cinta diberi kepada manusia untuk manusia memperhambakan diri mereka kepada-Nya.

Bagaimana? Sekiranya kita mencintai diri kita, sudah pasti kita ingin mencari jalan yang direhai oleh-Nya. ALLAH mencintai semua hamba-Nya lebih-lebih lagi yang taat kepada perintah & suruhan-Nya. Yang menjalankan AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR.

Tujuan cinta yang lain wujudnya perasaan kasih saying antara manusia dengan manusia, manusia dengan makhluk ALLAH.

Dan ketahuilah di zaman sekarang terdapat 4 pandangan cinta yang dapat diklasfikasikan oleh seorang ustaz di UMP (program ini diadakan di U hamba-Nya).
4 pandangan cinta tersebut :

1.Pandangan Biasa
2.Pandangan Akal
3.Pandangan Nafsu
4.Pandangan Hati.
PANDANGAN BIASA – Ini merupakan cinta pandangan pada peringkat remaja zaman sekarang. Mereka bercinta hanya untuk keseronokan dunia. Hanya kerana untuk suka-suka (cuba try test). N statistic menyatakan (lebih dari 90%) pasangan ‘couple’ anak muda ini tidak akan berkahwin dengan pasangan mereka. Waallahualam.

PANDANGAN AKAL – Cinta ini berasaskan pandangan bagi orang yang mengkaji cinta. Cinta yang berkait rapat dengan psikologi. (Maaf tidak tahu banyak tentang cinta ini (=..=)

PANDANGAN NAFSU – Cinta ini cinta paling bahaya. Cinta ini hanya kerana ingin memenuhi kemahuan seks mereka semata-mata. Cinta ini hanyalah untuk cinta antara binatang kerana binatang tidak mempunyai akal. Inilah yang membezakan manusia dengan binatang. Tapi, zaman sekarang kebanyakan manusia bercinta pada pandangan ke-3. Nafsu ini ibarat air laut. Semakin kita minum semakin terasa haus. Begitu juga nafsu, semakin kita turuti, semakin kita inginkan.

PANDANGAN HATI – Cinta ini disebutkan sebagai ‘hadiah’. Cinta yang dinilai melalui hati merupakan cinta yang ALLAH anugerah kepada kita. Cinta yang berkait rapat dengan hati ini juga berkait dengan cinta manusia dengan ALLAH S.W.T. Cinta yang tulus kerana ALLAH lebih mulia kerana kita mencintaia seseorang hanya kerana ALLAH S.W.T. Dan orang yang kita cintai kerana ALLAH itu juga akan turut merasakan benda yang sama kerana kedua-dua belah pihak mempunyai misi yang sama iaitu ALLAH. Inilah TUJUAN SEBENAR CINTA.

Inilah sedikit sebanyak info yang Hamba-Nya dapat kongsikan.
Renung-renungkanlah dan Selamat Beramal.
Assalamua’laikum. ^_^

Tuesday, February 15, 2011

Terlampau memuji Rasulullah SAW?

SEMPENA menyambut Mawlid al-Rasul SAW, kita tangguhkan sejenak siri perbahasan kita tentang tawassul dan memilih untuk memetik satu tajuk lain iaitu batas pujian terhadap Rasulullah SAW.

Ini adalah kerana dalam keghairahan majoriti umat Islam memuji dan menjunjung Rasulullah SAW dalam menyambut Mawlid Baginda SAW, terdapat juga suara-suara yang menimbulkan salah-faham dengan mendakwa bahawa puji-pujian terhadap Rasulullah SAW adalah suatu yang melampau dan terpesong daripada ajaran Islam. Antara sandaran utama golongan ini ialah sabda Rasulullah SAW: "Janganlah kamu melampau-lampau memujiku sebagaimana kaum Nasrani melampau-lampau memuji Isa ibnu Maryam."

Sebahagian orang memahami sabda Nabi SAW di atas dengan makna melarang daripada memuji Baginda SAW Mereka mengira perbuatan memuji Nabi SAW termasuk dalam perbuatan yang melampau dan sikap berlebihan yang tercela dalam agama, yang boleh mengakibatkan syirik. Mereka juga beranggapan, bahawa orang yang memuji Nabi Muhammad SAW, mengangkat kedudukan Baginda SAW melebihi daripada manusia yang lain, menyanjungnya dan menyifatkan Baginda SAW dengan apa saja yang membezakannya daripada manusia yang lain, bererti telah melakukan bidaah dalam perkara agama dan menyanggahi Sunnah Penghulu segala Rasul SAW.

Ini adalah pemahaman yang salah dan buruk serta menunjukkan kecetekan pandangan orang yang menilai hadis tersebut. Maksud sebenar hadis ialah Nabi Muhammad SAW melarang memujinya secara keterlaluan sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Nasrani terhadap Nabi Isa AS yang mengatakan bahawa Nabi Isa AS itu adalah anak Allah.

Adapun orang yang memuji Nabi SAW dan menyifatkannya dengan sifat-sifat yang tidak terkeluar daripada hakikat kemanusiaan, di samping meyakini bahawa Baginda SAW adalah hamba Allah dan utusan-Nya, dan menjauhi keyakinan dan kepercayaan kaum Nasrani, maka sesungguhnya tidak disyaki lagi merupakan orang ini adalah yang paling sempurna tauhidnya.

Tepatlah madah Imam al-Busiri RH dalam qasidah Burdahnya yang menegaskan,

"Tinggalkan cara orang Nasrani (Kristian) dalam menyanjung Nabi mereka (Nabi Isa AS). Ertinya: Jangan katakan Muhammad SAW itu mempunyai sifat-sifat ketuhanan). Selepas itu, terserahlah kepadamu untuk memuji Baginda SAW sesuka hati mu.

Kerana hakikatnya keagungan Rasulullah SAW itu tiada had baginya, sehingga mampu lidah mengungkapkannya secara sempurna.

Kemuncak pengetahuan mereka tentang diri Baginda SAW mereka hanya mampu mengatakan bahawa Baginda SAW itu adalah seorang manusia, yang sebenarnya merupakan semulia-mulia di kalangan makhluk Allah seluruhnya."

Mana mungkin dikatakan bahawa memuji Baginda SAW itu salah sedangkan Allah SWT sendiri memuji Nabi-Nya, melalui beberapa firman-Nya termasuk: Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat mulia. (al-Qalam: 4)

Allah juga memerintahkan supaya umat manusia sentiasa beradab bersama Nabi SAW sama ada ketika berbicara mahupun menjawab panggilannya. Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suaramu melebihi suara Nabi. (al-Hujuraat: 2)

Allah SWT juga melarang kita daripada berurusan dan bergaul dengan Nabi SAW sebagaimana kita berurusan dan bergaul sesama manusia yang lain, atau memanggil Baginda SAW sebagaimana cara kita memanggil sesama kita. Allah SWT berfirman: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (al-Nur:63).

Mana mungkin dikatakan bahawa memuji Baginda SAW itu salah sedangkan Allah SWT sendiri memuji Nabi-Nya..

Sunday, February 13, 2011

Maulidur Rasul vs Valentine’s Day

Assalamua’laikum. Terima kasih kerana terus membaca di blog Hamba-Nya..
Pertama-tama kali ingin ku panjatkan syukur ke atas-Nya kerana sekali lagi mmberi Hamba-Nya kesempatan utk berkongsi pendapat Hamba-Nya di blog yg x seberapa ini..
InsyaALLAH, apa yang kita kerjakan dengan dimulakan niat yang baik, cara yg betul akan mendapat berkat-Nya.

Entri kali ini berkaitn dengan Valentine’ Day & MAULIDUR RASUL..
Hamba-Nya yakin lagi pasti semua org tahu apa itu MAULIDUR RASUL & Valentine’s Day.
Valentine’s Day..
Sebut tentang Valentine’s day..pasangan kekasih pasti tidak akan ‘miss’ untuk mengikutinya. Tarikhnya 14 Feb (seminggu slpas kelahiran Hamba-Nya) adalah tarikh ‘keramat’ bagi pasangan kekasih . KONONnya. Hari tersebut ialah hari kekasih yang hari paling istimewa bagi mereka..
Valentine’s Day merupakan hari yang HARAM di sambut oleh umat ISLAM sedunia. Tapi malangnya, terdapat golongan remaja ISLAM terjebak. Hanya berbekalkan ayat ‘Salah ka kami menyambutnya bertujuan untuk menghargai kekasih kami’
Ya jawapannya salah. Yg salah tetap salah. Yang BATIL tetap BATIL.
Mengapa nk mngikuti orang yang bukan beragama ISLAM. BIarkan mereka dengan adat mereka..Persoalannya ‘PERLUKAH KITA MENGIKUTINYA?’
Tidak bukan..ISLAM tidak melarang umatnya berkasih antara umatnya. Bagi ISLAM setiap hari adalah hari kekasih. Selagi ia tidak melanggar syara’ dan tidak melampaui batas.
Contohnya kasih ibu kepada anaknya. Setiap hari ibu akan mengingati anaknya sebagai tanda kasih dan sayangnya kepada anak-anaknya. Begitu juga dengan ibu Hamba-Nya. Walaupun jauh, ia tidak menjadi penghalang bagi ibu Hamba-Nya member pesanan buat diri Hamba-Nya. Dan Hamba-Nya yakin, ibu-ibu pembaca juga begitu. InsyaALLAH.
Contoh yang lain, kasih sahabat kepada sahabtnya yg lain. Kasih di kalangan adik beradik. Dan byk lagi selagi ia tidak bertentangan dgn ajaran ISLAM.
So, Marilah kita sama-sama mengajak diri kita agar menjauhi benda yg tidak di ajar oleh ISLAM.
MAULIDUR RASUL – 12 Rabiul Awal
MAULIDUR RASUL merupakan hari perinngatan atas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukurlah ke-hadrat ALLAH kerana DIA menganugerahkan kita penyelamat hingga ke hari ini. InsyaALLAH.
Kerana Baginda RASULULLAH, Islam telah tersebar luas di dunia atas pertolongan ALLAH S.W.T. Baginda ibarat cahaya yang menerangi zaman kegelapan di zaman baginda. Cahay yang bawa kehidupan baru ke atas umat manusia ketika itu dan sampai la sekarang. Cahay itu tidak pernah hilang, insyaALLAH. Cahaya itulah ialah ISLAM.

Marilah kita bersama-sama menyambut Hari Kekasih ALLAH iaitu MAULIDUR RASUL. InsyaALLAH kita akn mendapat manfaat dari-Nya.
Janganlah kita campur aduk kan benda yang HARAM & HALAL. Kerana manusia akan keliru. So, kita betulkan apa yang salah. InsyaALLAH, ALLAH akan membantu kita..
Assalamua’laikum ^_^

Wednesday, February 2, 2011

Kasih Seorang Insan Bergelar Ibu

Assalamua'laikum semua..

Kasih seorang ibu..
Tahukah anda kasih seorang ibu merupakan kasih yang ketiga terbesar..

KETIGA..??
Mengapa ketiga..??

Kasih yang terbesar ialah kasih ALLAH S.W.T kepada hamba-Nya..
ALLAH begitu mengasihi hamba-Nya samaada yang patuh atau yang ingkar..
Jelas lah ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..
Sedangkan yang ingkar dan menglanggar perintah-Nya tetap dikasihi-Nya..

Buktinya, walaupun orang tersebut ingkar dengan-Nya..
DIA tetap memberi rezeki kepada mereka..
Apatah lagi kasihnya dengan org yang beriman kepada-Nya..
Makin lah sayang dan kasih nya mencurah keatas hamba-Nya tersebut..

Kasih yang terbesar selepas ALLAH S.W.T ialah sudah tentu kekasih ALLAH..
Siapa lagi kalau bukan RASULULLAH S.A.W..
Rasulullah begitu menyayangi umatnya..
Kasih yang terlalu besar sehinggakan BAGINDA menangis mengenangkan umat yang hidup selepas kewafatannya kelak..
Subhanallah..BESAR sgguh kasih BAGINDA terhadap kita..



Dan kasih yang seterusnya Kasih seorang insan yang bergelar IBU..
Kasih ibu sememangnya tidak dapat dinafikan..
Seorang ibu amat menyayangi anak-anak nya..
sehinggakan insan yang bergelar ibu sanggup mengutamakan anak-anak nya dari dirinya..

Jika dikenangkan sewaktu Hamba-Nya masih kecil..
begitu besar pergorbanan ibu Hamba-Nya curahkan..
Ketika sakitlah, ibu lah ynag berjaga di malam hari, bagi memastikan Hamba-Nya dalam keadaan baik..ibu Hamba-Nya tidak dapat tidur dgn tenang..
Selagi ada bnyi rengekan sama ada hamba-Nya ataupn adik beradik..
Itu baru 1..ketika sakit..
Cuba bayangkan..
Dari lahir dan sekarang umur kini hampir mencecah 21 tahun..
Insan yang ku gelarkan "EMAK" masih menyanyakan keadaan Hamba-Nya..
Sama ada sihat atau tidak..
Dah makan ke belum..
Kalau diikutkan 21 tahun dah boleh berdikari..
tapi ibu Hamba-Nya masih tetap tidak berubah..
Kasih nya ibu terhadap Hamba-Nya..
itu baru untuk Hamba-Nya..belum lagi adik beradik hamba-Nya..

"YA ALLAH, aku mohon kepada-Mu YA ALLAH, ampunilah dosa ibuku YA ALLAH, tidak lupa kepada ayahku YA ALLAH.Berikan lah kekuatan kepada kedua-dua orang tuaku YA ALLAH..Lindugilah mereka YA ALLAH..Permudahkanlah segala urusan ibu bapa ku YA ALLAH.
YA ALLAH aku mohon kepada-Mu kerana ENGKAU lah YANG MAHA KUASA kepada-Mu aku berserah..Amin Ya Rabbala'lamin"

Sayangilah kedua-dua orang tua kalian..
Jangan sia-siakan mereka kerana tanpa mereka kita tidak akan wujud diatas muka bumi ini..
Dan ingatah KASIH IBU MEMBAWA

Renung-renungkan & Selamat Beramal


p/s : Hamba-Nya merindui ibu dan ayah.