Followers

Labels

Tuesday, September 21, 2010

Bersederhana itulah yang TERBAIK



Salam semua..
Lama suda saya x p0st mngenai Islamic..
Kali nie saya nak p0st pasal..
[tgk la TAJUK 2]
hehehe..

Seperti yg kita tahu..
Islam tidak menggalakkan umatnya..
Membuat sesuatu perkara secara berlebih-lebihan..

Ini lg dikukuhkan dgn kehadiran hadis yg menggalakkn umat ISLAM..
BERSEDERHANA...

Hadis BERSEDERHANA dalam IBADAH..

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: “Agama itu mudah, tidaklah agama itu diperkeraskan oleh seseorang melainkan agama itu akan mengalahkannya – yakni orang yang memperkeras-keraskan itu sendiri yang nantinya akan merasa tidak kuat meneruskannya. Maka dari itu, bersikap luruslah engkau semua, lakukanlah yang sederhana sahaja- jikalau tidak kuasa melakukan yang sesempurna-sempurnanya, bergembiralah – untuk memperoleh pahala, sekalipun sedikit, juga mohonlah pertolongan dalam melakukan sesuatu amalan itu, baik di waktu pergi pagi-pagi, sore-sore (petang-petang) atau pun sebahagian waktu malam.” (Riwayat Bukhari)

Dalam riwayat Imam Bukhari lainnya disebutkan: “Berlaku luruslah, lakukanlah yang sederhana, pergilah di waktu pagi, juga di waktu sore serta sebahagian di waktu malam. Berbuatlah sederhana,tentu engkau semua akan sampai pula – pada tujuannya.”

Sememangnya..
Islam tidak pernah mengajak umatnya melakukan sesuatu perkara secara berlebihan..
TETAPI..
Islam mengajak umatnya melakukan sesuatu perkara...
Hnaya dengan kemampuan yang dapat dilakukan oleh sesorg..

Islam tidak hnya mngatakan bahawa BERSEDERHANA dlm Ibadah sahaja..
AKAN TETAPI..
Dalam semua aspek..

Kita ambil contoh dari Nabi kita..
Rasulullah S.A.W...

Kalau kita menyusuri perjalanan hidup Rasulullah, sejak kecil sehinggalah saat wafatnya, ternyata Baginda tidak pernah mengecapi hidup mewah. Dalam segenap sudut kehidupan Baginda, sama ada cara berpakaian, perhiasan, dalam soal makanan dan sebagainya, berada di paksi kesederhanaan. Padahal Baginda memang mampu untuk hidup bermewah. Namun keimanan yang jitu di dada Baginda justeru mengalahkan segala-galanya. Sesungguhnya sifat ini adalah pakaian peribadi orang yang beriman sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:

“Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)

JELAS la bhwa..
BERSEDERHANA ITULAH YANG TERBAIK bg segala-galanya..

Allahualam~

2 comments: