Followers

Labels

Saturday, June 25, 2011

Menarik !!!



Salam n Good Day.

Wow. Lama x update blog hamba-Nya.
entri kali ni nak cakap tentang insan yang berada di foto itu.
Adakah kalian mengenalinya. Untuk kaki bola mesti kenal bukan.

Baiklah. Pengenalan buat diri yang bergelar hamba ALLAH ini

Nama beliau : Frederic Omar Kanoute.
Negara : Mali (Benua Afrika)
Kelab : Sevilla (Kalau x silap)

Ok. Fakta menarik mengenai hamba ALLAH ini. Beliau seorang Muslim. Memang banyak pemain bola sepak muslim yang kita tidak kenal bukan. Ini lah wajah salah seorangnya.

Fakta beliau ialah, beliau menolak untuk menggunakan jersi terbaru Sevilla yang ditaja oleh syarikat 'beer' yang kita tahu beer haram disisi Islam. Kelab tersebut terpaksa merubah design jersi tersebut sebagai tanda hormat kepada beliau. Hebat bukan!!

Satu fakta menarik lagi, pada tahun 2007. Beliau mendapat tahu bahawa hanya satu-satu masjid di Sevilla akan dimusnahkan. Dan beliau mengambil langkah untuk membeli tanah di kawasan masjid tersebut dengan wang beliau agar masjid itu tidak dimusnahkan. Yang lebih menarik, beliau tidak mahu komen tentang perkara tersebut. Yang Hamba-Nya faham. Beliau tidak mahu isu ini dibesar-besarkan. *Kebaikan yang dibuat lebih baik jangan diungkit*

Dan fakta yang paling menarik ialah ketika waktu berlatih atau istilah matsalleh - training. Beliau meninggalkan kem latihan sekiranya telah masuk waktu solat. Hamba-Nya sungguh tertarik dengan perwatakan beliau. Masa berganti masa, pihak pengursan kelab memberi amaran kepada beliau. Mereka mengambil langkah untuk memotong gaji. Beliau pun setuju dan berkata "Take whatever you want". Merasa tindakan itu tiada baiknya, akhirnya jurulatih beliau terpaksa menghentikan waktu latihan bila tiba waktu solat.

Wow. Menarik bukan. Alhamdulillah sekiranya beliau berbuat sedemikian.
Sejauh mana fakta ini. Hanay Allah yang tahu. Waalahualam ^_^

Monday, May 23, 2011

Jangan Jadi Lelaki Dayus !!!

Dayus oH Dayus

Bila masa lelaki menjadi dayus.

Bila mana mereka(lelaki) :

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan dan keadaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa ‘sporting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (sepatutnya melabuhkan tudung hingga ke dada).

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di sekelilingku”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman!

jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan!

jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.

Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Buatlah renungan kita bersama.

Lampiran ini saya titipkan khusus buat kawan-kawan dimana saja berada.. kerana telah menjadi trend dalam kehidupan masa kini, ramai lelaki samada masih bujang, duda mahupun suami orang (ini yang banyak), amat gemar bermain cinta, berkasih-kasihan, bermanja-manjaan atau dalam erti kata lain menggatal dengan anak dara, janda mahupun isteri orang (ini yang ramai). Bagi saya yang berkerja di pejabat.. memang amat ketara, gejala ini amat berleluasa sekarang..

Pesanan khusus buat teman-temanku:

LELAKI

Janganlah nakal-nakal, ingatkan Allah yg menjadikan kita dan bersyukurlah.. bagi mereka yang bergelar suami dan bapa, awasilah mereka, jangan anda menjadi DAYUS kerana kedayusan itu bakal menafikan ruang untuk anda di syurga Allah… nauzubillah…

PEREMPUAN

Janganlah anda mengheret suami/bapa anda menjadi DAYUS akibat tingkah laku anda.. kasihanilah mereka.. jangan nafikan syurga Allah bagi mereka akibat perbuatan-perbuatan kita….mahukah anda melihat suami/bapa anda merengkuk dalam neraka? nauzubillah.

Sekian. Selamat Beramal

Sunday, April 10, 2011

Ada apa semua ini ?


Sahabat : Assalamua'laikum sahabat.

Ana : Waa'laikumussalam sahabat.

Sahabat : Akhi sedang buat apa?

Ana : Ana sedang membaca artikel.

Sahabat : Artikel. Mengenai apa ya akhi?

Ana : Mengenai keluarga, perkahwinan, rumah tangga.

Sahabat : SubhanALLAH. Akhi ingin berumahtangga. Alhamdulillah.

Ana : Siapakah golongan yang tidak ingin mempunyai keluarga. Ana yakin semua begitu.

Sahabat : Benar akhi. Mengapa tiba-tiba akhi berminat membaca artikel tentang semua ini.

Ana : sebagai panduan di masa kelak. Perlu tahu, adakah ana ada 'isi' atau hanya 'kosong'

Sahabat : Mendalam sungguh maksud itu. Ana kurang faham?

Ana : Ecece ~ Tak faham plak. Begini sahabat. Kita perlu tahu, sebelum 'mendirikan masjid'(Istilah orang melayu:P) layakkah kita untuk menjaga anak orang. Bimbing isteri kita kelak.

Sahabat : Betul tu. Ana 101% setuju.

Ana : Wahh. Melebih-lebih plak. Hehe.

Sahabat : Auww ~

Ana : Mari kita muhasabah diri, kenal diri sendiri sebelum buat sesuatu keputusan. Perjalanan hidup ini tidak lah mudah. TAPI kita di JANJIkan oleh-NYA kemanisan selepas keperitan. InsyaALLAH.

Sahabat : Wah. Berbunga sungguh kata-kata akhi itu. Dari itu, ana ingin tahu, adakah akhi ini 'kosong' atau ada 'isi'.

Ana : Erkkk ~

Sahabat : Waduh. gawat sih. *Hahaha*

Ana : Ana tidak lah 'kosong' & tidak penuh ber'isi' tetapi ada isi. Itu lebih baik dari tiada 'isi'. Macam yang ana terangkan sebelum ini, kita perlu kaji diri sendiri sebelum orang lain cuba try test terhadap kita.
Sesungguhnya, kita perlu mendalami apa itu ISLAM. ISLAM bukan sahaja pada nama. Jangan hanya nama pada ISLAM tetapi pendirian kita TIDAK.

Sahabat : Betul 2. Memang golongan sekarang. Hanya nama pada ISLAM. tapi TIDAK pada jiwa dan hati mereka.

Ana : Kita ambil contoh bab perkahwinan dalam ISLAM. Jelas disini, ISLAM itu mudah. TETAPI jangan dipermudah-mudahkan. Masyarakat kita, melayu khasnya. Sentuh tentang perkahwinan, tu dia hantaran pertunangan perkahwinan macam nak jual anak. Majlis persandingan mengalahkan artis. ISLAM ini jelas. KIta tidak perlu menyusahkan kedua-dua pihak samada pihak LELAKI mahupun WANITA. Rasullulah pernah bersabda : "“Laksanakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5169)". Jelaslah bahawa kita tidak perlu membuat majlis yang grand. Bukanlah itu amalan membazir. Tambahan pula, akan timbul sifat riak,ingin menunjuk-nunjuk kepada jiran tetangga. Bukankah ini dilarang sama sekali dalam ISLAM.

Sahabat : Inilah masyarakat kita sekarang. Kaum Lelaki terpaksa tungkus-lumus untuk meminang Wanita yang mereka impikan. Syukur alhamdulillah kalau Wanita yang dipilih merupakan seorang wanita solehah dan insyaALLAH boleh jadi isteri solelah :)

Ana : Yup. Betul tu. Ini baru bab perkahwinan. Belum yang lain lagi. TAPI isu perkahwinan ini penting, kerana zuriat yang lahir nanti akan memastikan generasi ISLAM yang akan datang. Baik dan buruk sesuatu generasi yang akan datang bergantung kepada kita sekarang.

Sahabat : Ish. Bab kahwin dari tadi :P

Ana : Yola2. Stop la. Hehe.

Sahabat : Ana ada keja. Assalamua'laikum ya akhi.

Ana : Waa'laikumussalam.


Watak :
Ana : Hamba-Nya
Sahabat : Dalam diri Hamba-Nya

Tujuan : Muhasabah diri.

Dah sediakah anda? ^_^

Tuesday, March 15, 2011

Wanita, Jadilah Bunga Yang Indah


Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi… begitulah juga orang yang cantik; kebanyakannya jarang berbudi.

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, “kamu ni cantiklah,” maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah dia.

Ah… siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan menawan? Begitulah resam manusia,

seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya.

Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa ‘perasan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan.

Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya.

Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu.

Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa.

Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya.

Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.

Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.

Jadilah laksana Nakhoda

Ke mana diarah di situlah perginya,

alangkah dayusnya dia.Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk

dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut,

merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

paradigma Mukmin

Alangkah indahnya jika si isteri tadi,

kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.


Andai dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,

lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya.

Cantik warnanya, harumnya tiada.

Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya,

sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka.

Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.

Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang.

Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan.

Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata.

Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi.

Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.

Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia.

Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya.

Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya.

Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya.

Resah adalah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah

(sikap negatif) akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota.

Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah.

Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

paradigma Mukmin

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,

cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya.

Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan.

Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing

dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.

Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.

Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita mendaki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia adalah dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita.

Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu,

untuk apa digunakan.

Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam.

Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.

Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau.

Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.

Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang.

Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan.” (Surah An-Nahl: 53)


sumber : http://akuislam.com/blog/

Thursday, March 10, 2011

Istimewa Untukmu

Tahukah,
saat aku memilih untuk tidak menghubungimu,
saat aku memilih untuk menjauhimu,
saat aku memilih untuk meninggalkanmu,
Segalannya hanya kerana TAKUTKAN KEHILANGAN CINTA ALLAH.

Tahukah?? Tahukah??

Tahukah,
setiap hari aku manahan hati dari menghubungi,
setiap hari aku merasa sukar untuk menjauhinya,
setiap hari aku sakit meninggalkanmu..
setiap hari juga deraian air mata menemani sujudku di Atas Sajadah Cinta.

Tahukah?? Tahukah??

Sedarkah kau,
ada satu ikrar yang aku semat selamanya..

"aku mencintaimu kerana Agama yang ada dalam dirimu. Jika hilang Agama itu maka hilanglah rasa cintaku"

Malangnya, acap kali aku mendengar dan melihatmu jauh berubah.
Acap kali juga aku berusaha untuk bersangka baik..

"Mungkin dia terlupa tu..."

Satu hari,
aku dikhabarkan kau dapat melanjutkan pelajaranmu..
ada sinar kegembiraan diwajahku.
Aku sangat-sangat gembira.
Tapi kegembiraan itu aku sembunyikan.

Sehinggalah satu saat aku sendiri melihatnya.

OHHHHHH KENAPA KAU BERUBAH??
Bukankah kau tahu tentang batas pergaulan??
Apa perkara yang menghalalkan untuk kau keluar bersamanya??
mungkin kau boleh mengatakan, "kami keluar bukan berdua.."
aku menjawab "tapi kamu berpasangan kan??!!!"
apa lagi alasannya??


Ya...
cinta...
adalah sesuatu yang indah...
bila seseorang melaluinya...
yang gemuk disayang...
yang kurus jua disayang...
yang hodoh disayang...
yang hensem jua disayang...
xda jahat...
xda baik...
merasa si dia tetap baik...sehingga,
kata-kata hati mendahului bayangan normal pemikiran...
boleh menguasai emosi...
bila angau, diri mendahului kewajaran perbuatan...
bisa menguasai fizikal...
bila rindu, merasa jantung seolah dicabut kerana mengingati si dia...
sampai makan tak lalu, xda selera...mcm2


sungguh butanya cinta kerana dipandu oleh nafsu...
sungguh cinta itu pencipta maksiat bila tak dikawal dengan batasan syariat...
merasa bangga dengan kebahagiaan yang dipaparkan pada tatapan umum (fb)...
kebahagiaan yang kononnya tercipta melalui hubungan dua hati...
hubungan yang kita sebenarnya tahu, ia adalah terjalin kerana fitrah...
ya, fitrah tetapi bila dipandu luar batasan syariat...

semua dosa dirasa pahala...
semua maksiat dirasa amalan baik...
rupanya kita telah melupai sesuatu...

iaitu Si Pemberi cinta...
yang menciptakan cinta...
yang melahirkan rasa cinta dalam diri kita...
yakni Dia Yang Maha Mencintai...

rupanya kita tak sedar...
kita telah membelakangkan Si Pencipta dan Pemberi cinta...
kita asyik mengkhayal cinta yg diberikan si lelaki/perempuan...
pada hal dia juga menumpang pemberian Si Pencipta cinta...

sedar tak sedar...
kita cuba mempermainkan Allah...
kita mengkhianati Allah...
kita telah memperlekeh Allah...
di depan kita sujud padaNya...
di sebaliknya kita cuba membuang syariatnya...
buang ke mana? sesungguhnya mereka hanya merasa syariat Allah ini sebagai sampah!

apa buktinya? lihatlah! apa yang anda lakukan bila menjalin hubungan cinta sebelum kahwin.


saya di sini bertanggungjawab terhadap kesedaran ini...
menegur dan memanggil membawa perubahan...
mengajak berusaha dalam membetulkan perjalanan hidup...
perjalanan hidup yang sentiasa di landasan al Quran dan Sunah...
mengambil balik amalan hidup Rasulullah SAW, para sahabat, dan wanita-wanita soleha di zamanNya...
yang segaja kita ketepikan selama ini...
semoga di saat ini kita megambil keputusan yang besar...
melahirkan rasa rendah diri dan meminggirkan ego...
cuba mengambil kebaikan tanpa mencari keburukan...
setkan minda dengan kewajaran fikiran dan toleransi ilmu yang betul...
semoga kita semua mula bertindak mengubah maksiat kepada keimanan...


saya mujahidah ingin memesan:
"betapa berat dan sakitnya sesuatu keputusan besar dalam hidup kita, yang mana keputusan itu memberi kesan besar pada emosi dan fizikal. namun perasaan sakit itu bukanlah selamahnya...dan sepatutnya tak wujud sakit itu jika keputusan itu diiringi fikiran yang waras dan iman yang batul. yakinlah...pasti itu memberi kemanisan dan kepuasan kerana kita berada di tampat yang betul"

-bukan nak menganggap anda selalu salah, bukan juga merasa diri ini sempurnah, cuma nak cetuskan satu perubahan dalam diri kita semua. yakni ke arah hidup yang diredhaiNya. ketahuilah, jika anda mengambil keputusan besar itu... ANDA HARUS MENGETAHUI, UNTUK APAKAH ANDA MENGAMBIL KEPUTUSAN ITU...

sekian...

Siapalah hamba untuk menilai hamba lain..
siapa sangka imanmu lebih dipandang Allah..
Semoga kau berjaya melalui ujian Allah ini..

sumber : Islam - The way of life's