Assalamua’alaikum..
Menilik horoskop & zodiac
Hati saya tergerak utk mencari hukum mngenai artikel ini..
Ini kerana saya tertnya-tnya kepada diri saya sndiri..
Saya melihat d FACEBOOK..
Rmai remaja mngikuti kuiz yang berdasarkan zodiac dan horoskop nie..
Saya akui bahawa saya sendiri mengikuti kuiz nie..
Setelah saya mencari hukum mengenai horoskop & zodiac ini..
Ternyata menggunakan bintang-bintang horoskop ini dilarang keras di dalam ISLAM..
Terdapat dalil-dalil lain juga dalam menyatakan hal ini. Terutama sekali tentulah perbuatan meramal nasib itu sendiri merupakan kesalahan yang boleh membawa syirik dalam Islam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
ليس منا من تطير أو تطير له ، أو تكهن أو تكهن له ، أو سحر أو سحر له
Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan
Dalam hadis yang lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
من أتى كاهنا أو عرافا فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه وسلم
Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa-apa yang dikatakan maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad.4
Terdapat jugayang menanyakan..
Q : “Kalau kita suka-suka x leh ke”...
A : Rasullulah S.A.W juga bersabda :
من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة
Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam
Hikmah larangan menilik suka-suka sekalipun tidak percaya, adalah kerana ianya membuka ruang kepada kita untuk terjerumus mempercayai tilikan. Sekiranya seseorang individu membaca tilikan kononya dia akan berjumpa pasangan hidupnya pada minggu-minggu tertentu, sekiranya Allah Subhana wa Ta’ala mentakdirkan dia bertemu dengan seorang yang memikat hatinya, tentu secara tidak langsung hatinya akan terdetik bahawa benarlah ramalan tersebut.
Dalam hal berkenaan menilik nasib dengan bintang pula, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
من اقتبس علما من النجوم اقتبس شعبة من السحر زاد ما زا
Barangsiapa yang mengambil sebahagian daripada ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah menambil sebahgian daripada sihir. Setiap kali bertambah ilmu bintangnya maka bertambah pula ilmu sihirnya
So..
Renung-renung kan la..
Sanggupkah kita membiarkan amalan solat selama 40 hari kita di tolak dan tidak diterima hanya kerana amalan sebegini rupa..
WaLLahua'lam
ouh.baru tahu
ReplyDeletexpa..
ReplyDeletesmala..
org pun baru tahu
Thanks for the nice blog. It was very useful for me. I'm happy I found this blog. Thank you for sharing with us,I too always learn something new from your post. healing
ReplyDelete