Followers

Labels

Tuesday, July 19, 2011

Pantang Larang Ketika Haid

Assalamua’laikum saudara/I sekalian.

Alhamdulillah, sekali lagi jari jemari ini dengan izin-Nya dapat lagi menari-nari di atas keybod laptop hamba-Nya. Kali ini, entrinya sangat berkait rapat dengan wanita.

Pantang Larang Ketika Haid? Wow. Kita orang Melayu memang banyak pantang larang kan? Sampaikan pantang lebih tinggi darjat dari hukum Islam.
Ok. Sepertimana tajuk entri kali ini. Yang hamba-Nya tahu Pantang Larang ketika Haid ialah :
1. Bersolat.
2. Membaca Al-Quran
3. Tawaf
4. Puasa
Sekiranya kita dalam keadaan hadas besar, bolehkah kita berjumpa atau menghadap-Nya.

Dan saya yakin lagi pasti mesti Kaum Hawa pernah mendengar pantang larang berbunyi begini :
1. Tidak boleh gunting/sikat rambut
2. Tidak boleh potong kuku
3. Lepas guna tuala wanita mesti dibersihkan/dicuci.
4. Tidak boleh mandi ( alahai busuk la mcm 2 ) Ada yang cakap, mandi tak boleh kena kepala
5. Mcam2 lagi la.

Hadoiiii ~ Kenapa ini berlaku. Islama tidak pernah menyusahkan umatnya. Tidak ada hadis yang sahih yang menerangkan pantang larang begitu.

Tidak boleh gunting/sikat rambut/ Tidak boleh potong kuku/Tidak boleh mandi
- Sekiranya ini berlaku. Bagaimana kaum hawa nak uruskn diri? Kesian pulak hamba-Nya tengok segelintir masyarakat kita yang masih berpegang dengan pantang larang ni.
Lepas guna tuala wanita mesti dibersihkan/dicuci.
- Hamba-Nya dapat tahu, setiap kali lepas guna benda ni. Kaum hawa mesti cuci/bersihkan. Lepas tu baru boleh buang. Takut nanti dimakan oleh makhluk2 yang kita tidak tahu. Waalahualam.
- Tapi sebenarnya, perkara ini dilakukan zaman nenek moyang kita. Sebab zaman dulu, tak ada benda macam ni. Nenek moyang kita guna kain, jadi mereka kena la bersihkan kain itu.
- Kalau difikirkan semula. Benda ini bukan pantang larang. Tapi amalan baik. Kerana Islam amat mementingkan kebersihan. So, kan baik lepas guna, cuci & buang baik2. Takut nnt dikerabak dak asuk ( dihentam oleh anjing) * gna bhs swak kejap :P

ni link video tentang topik www.youtube.com/watch?v=OKdqXTdNRNI&feature=related

No comments:

Post a Comment