Sunday, April 10, 2011
Ada apa semua ini ?
Sahabat : Assalamua'laikum sahabat.
Ana : Waa'laikumussalam sahabat.
Sahabat : Akhi sedang buat apa?
Ana : Ana sedang membaca artikel.
Sahabat : Artikel. Mengenai apa ya akhi?
Ana : Mengenai keluarga, perkahwinan, rumah tangga.
Sahabat : SubhanALLAH. Akhi ingin berumahtangga. Alhamdulillah.
Ana : Siapakah golongan yang tidak ingin mempunyai keluarga. Ana yakin semua begitu.
Sahabat : Benar akhi. Mengapa tiba-tiba akhi berminat membaca artikel tentang semua ini.
Ana : sebagai panduan di masa kelak. Perlu tahu, adakah ana ada 'isi' atau hanya 'kosong'
Sahabat : Mendalam sungguh maksud itu. Ana kurang faham?
Ana : Ecece ~ Tak faham plak. Begini sahabat. Kita perlu tahu, sebelum 'mendirikan masjid'(Istilah orang melayu:P) layakkah kita untuk menjaga anak orang. Bimbing isteri kita kelak.
Sahabat : Betul tu. Ana 101% setuju.
Ana : Wahh. Melebih-lebih plak. Hehe.
Sahabat : Auww ~
Ana : Mari kita muhasabah diri, kenal diri sendiri sebelum buat sesuatu keputusan. Perjalanan hidup ini tidak lah mudah. TAPI kita di JANJIkan oleh-NYA kemanisan selepas keperitan. InsyaALLAH.
Sahabat : Wah. Berbunga sungguh kata-kata akhi itu. Dari itu, ana ingin tahu, adakah akhi ini 'kosong' atau ada 'isi'.
Ana : Erkkk ~
Sahabat : Waduh. gawat sih. *Hahaha*
Ana : Ana tidak lah 'kosong' & tidak penuh ber'isi' tetapi ada isi. Itu lebih baik dari tiada 'isi'. Macam yang ana terangkan sebelum ini, kita perlu kaji diri sendiri sebelum orang lain cuba try test terhadap kita.
Sesungguhnya, kita perlu mendalami apa itu ISLAM. ISLAM bukan sahaja pada nama. Jangan hanya nama pada ISLAM tetapi pendirian kita TIDAK.
Sahabat : Betul 2. Memang golongan sekarang. Hanya nama pada ISLAM. tapi TIDAK pada jiwa dan hati mereka.
Ana : Kita ambil contoh bab perkahwinan dalam ISLAM. Jelas disini, ISLAM itu mudah. TETAPI jangan dipermudah-mudahkan. Masyarakat kita, melayu khasnya. Sentuh tentang perkahwinan, tu dia hantaran pertunangan perkahwinan macam nak jual anak. Majlis persandingan mengalahkan artis. ISLAM ini jelas. KIta tidak perlu menyusahkan kedua-dua pihak samada pihak LELAKI mahupun WANITA. Rasullulah pernah bersabda : "“Laksanakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5169)". Jelaslah bahawa kita tidak perlu membuat majlis yang grand. Bukanlah itu amalan membazir. Tambahan pula, akan timbul sifat riak,ingin menunjuk-nunjuk kepada jiran tetangga. Bukankah ini dilarang sama sekali dalam ISLAM.
Sahabat : Inilah masyarakat kita sekarang. Kaum Lelaki terpaksa tungkus-lumus untuk meminang Wanita yang mereka impikan. Syukur alhamdulillah kalau Wanita yang dipilih merupakan seorang wanita solehah dan insyaALLAH boleh jadi isteri solelah :)
Ana : Yup. Betul tu. Ini baru bab perkahwinan. Belum yang lain lagi. TAPI isu perkahwinan ini penting, kerana zuriat yang lahir nanti akan memastikan generasi ISLAM yang akan datang. Baik dan buruk sesuatu generasi yang akan datang bergantung kepada kita sekarang.
Sahabat : Ish. Bab kahwin dari tadi :P
Ana : Yola2. Stop la. Hehe.
Sahabat : Ana ada keja. Assalamua'laikum ya akhi.
Ana : Waa'laikumussalam.
Watak :
Ana : Hamba-Nya
Sahabat : Dalam diri Hamba-Nya
Tujuan : Muhasabah diri.
Dah sediakah anda? ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)