Followers

Labels

Saturday, August 27, 2011

Islamic Couple Vs Babi Islam

Gambar Hiasan. Xde kaitan pun Y(^_^)Y

Alkisah
Aku adalah cina muallaf. Sebelum aku memeluk Islam dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, dah macam orang ketagih ganja. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah.. Sekarang Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu dalam Islam tak boleh makan babi, haram. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni? Seminggu aku terlantar di hospital lepas masuk Islam. Jadi, masa kat hospital tu aku berfikir cara mengatasi masalah aku tu.

Akhirnya, aku mendapat satu idea. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia bagai binatang minyak yang penuh. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisik kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Bila dia berak saja, aku terus vacuum. Begitulah kehidupan aku dan babi tu selama 2 tahun.

Selepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Ketika aku nak sembelih babi ni, baru aku tahu yang babi ni tak ada leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi. Sangap gila! Lagipun aku dan bisik 2 kalimah syahadah dan bagi tazkirah kat babi ni. Apa ada hal. Lepas tu, aku pun goreng babi tu dan makan.

Tengah sedap melantak, aku nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. "Ustaz! Jom makan. Babi Islam ni. Halal!" Tergamam ustaz tu. Lantas ustaz tu memberi penjelasan kepada aku. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Sekarang aku dah faham. Aku dah bertaubat dan menjadi seorang muslim sejati.

Kesimpulan

Begitu juga dengan soal couple. Kononnya islamic couple. Bila dating, dating kat tempat orang ramai, bukannya tempat gelap. Si Gadis pakai jubah bertudung labuh. Si Jejaka pula berjubah dan serban di kepala. Dating bukan untuk buang masa. Keluar bawak Al-Quran. Bila berhenti makan, siap Taddarus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Kat rumah, sms atau call pagi-pagi buta suruh bangun qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu? Hahaha..

Kalau benda itu haram, ia tetap haram walau kita cuba apa cara sekalipun untuk menghalalkannya. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Allah melarang perhubungan lelaki-perempuan bukan mahram tanpa sebab yang dibenarkan syarak! Islam halalkan couple sekiranya sudah bernikah, bukannya sebelum kahwin.



Take Note : Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan. Ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya berjalan (menuju ke tempat maksiat). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman ( hadis Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.

Monday, August 22, 2011

Kesilapan Wanita Tentang Aurat


Aurat Wanita. Sebahagian wanita hanya menyangka bahawa tutup aurat hanya tutup rambut sahaja. Dimana Kesilapan kerap yang sering dilakukan oleh kaun hawa.

Jawapannya disini :

Kesalahan Pertama : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

Kesalahan kedua : Bertudung, TAPI berkemeja-T lengan pendek.

Kesalahan ketiga : Bertudung. TAPI baju kebarungnya terbelah kainnya.

Kesalahan keempat : Bertudung, TAPI bajunya sendat, nipis dan sempit lalu memaparkan bentuk kawasan yang mudah 'menggoda'.

Kesalahan kelima : Bertudung, TAPI amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

Kesalahan keenam : Bertudung, TAPI hanya memakai di pejabat/sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumahm pasaraya dan sebagainya.




Kesalahan ketujuh : Bertudung, TAPI tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah bahagian dada dari tertutup.

Kesalahan kelapan : Bertudung, TAPI tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Kesalahan kesembilan : Bertudung, TAPI menayangkan betis sepanjang jalan apabila menaiki motosikal.

Kesalahan kesepuluh : Bertudung dengan sempurna penutupan aurat tubuhnya, TAPI memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki ajnabi.

Samaada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai bagi wanita menerusi nyanyian kerana sesaat mereka berada di pentas dengan pakaian canggih, seribua mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu bahagian mana yang di pandang oleh lelaki. Suara yang merdu juga boleh membuatkan lelaki rosak hati akan dibuai nafsu walaupun penasyid wanita sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Renung-renung & selamat Beramal ^_^

sumber :Buku Untukmu Wanita [Soal Jawab Isu-Isu Kontemporari kaum Wanita Yang Harus Diketahui oleh semua wanita, isteri & ibu]

Wednesday, August 17, 2011

3 Jenis Manusia

3 Jenis Manusia menurut Iblis :

1. Seperti Air Hujan.
2. Seperti Tanah.
3. Seperti Firaun.

Manusia seperti Air Hujan yang turun dari langit yang menyebabkan tumbuhnya tumbuhan yang mendatangkan hasil lumayan & banyak manfaatnya: Golongan ini ialah merupakan para guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan segala perintah Allah & menjauhi larangan-Nya.

Manusia seperti tanah iaitu suka bersyukur & redha akan nikmat Allah yang memberikan kepadanya seta membuat amal kebajikan yang soleh dan sentiasa berserah diri & bertawakal kepada Allah S.W.T. serta banyak melakukan kebaikan

Manusia seperti Firaun merupakan manusia yang tamak dengan harta dunia sehingga hilang amal akhirat. Orang seperti mereka ini yang disukai oleh iblis.

sumber : Buku Rasulullah S.A.W bertanya Iblis Menjawab.