Followers

Labels

Sunday, January 23, 2011

Lelaki Idaman Masih Wujud Ke?


Adakah anda pernah jumpa lelaki yang anda idamkan berciri-cirikan seperti ini :
: buta
: bakhil
: papa
: bisu
Mengapa saya mengatakan sedemikian rupa.??
Tapi ini lah ciri-ciri yang sukar dicari di akhir zaman sekarang..
N mungkin dah tiada lagi di atas muka bumi ini..
Waallahualam..

Mengapa saya meletakkan 4 ciri tersebut..
Maksud 4 ciri tersebut bukanlah apa yang kita salu lihat tetapi yang jarang sekali dilihat..

Pernahkah kita lihat seorang lelaki yang buta..
Matanya buta dengan keindahan dunia..
Matanya buta melihat perempuan-perempuan di setiap penjuru dunia..
Matanya buta melihat maksiat..
Matanya buta melihat aurat-aurat perempuan ajnabi..

ASALKAN matanya tidak buta melihat dan menggagumi keindahan cipta-NYA..
ASALKAN matanya terus celik tentang kehidupan saudaranya yang menderita terutamanya PALESTINE..

Bakhil..
Sekarang ada tak yang cari lelaki yang bakhil..
Bakhil memberi senyuman kepada wanita bukan mahramnya..
Bakhil meluangkan masa kepada wanita ajnabi yang boleh dikahwininya..
Bakhil menghabiskan wang & hartanya kepada wanita yang tidak sepatutnya..

Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi.

Papa --> lebih teruk dari miskin..

Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Pernahkah kita mencari lelaki yang papa..
N pernahkah terlintas dihati kita mencari seperti ini..

Bisu
Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan kaum Hawa..
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran wanita ajnabi..
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran..
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran..


Wahai kaum Hawa..
Pernahkah anda mencari lelaki seperti ini..
Atau pernahkah anda befikir lelaki sperti ini wujud..

Sesungguhnya, Hamba-Nya juga tidak memiliki kesemua sifat yang disebutkan dalam entri kali ini..
Hamba-Nya ingin menjadi lelaki yang bersifat sedemikian..
InsyaALLAH Hamba-Nya akan berusaha..
Sesungguhnya dunia ini luas..
Dan banyak dugaan yang perlu dihadapi..

Marilah kita kaum Adam berubah menjdai yang terbaik..
Menjadi yang diidamkan oleh wanita-wanita solehah..
InsyaALLAH..

Renung-renungkan lah dan Selamat Beramal..

Assalamua'alaikum ^_^

P/S : Doakan Hamba-Nya boleh menjadi lelaki yang diceritakn dalm entri ini..

3 comments:

  1. saya inginkan seorang lelaki yang boleh manjadi imam untuk keluarga saya nnt..ada ke?

    ReplyDelete
  2. salam apple :)
    lelaki yg boleh menjdi imam?
    yg didalam salah 1 ciri-ciri suami yg baik..
    insyaALLAH ada..

    ReplyDelete