Saturday, December 17, 2011
Who's side Are you On
Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhan-Nya kecuali jin & manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith &cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dungu?
Orang yang dungu adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tetapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu & sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yg melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca & meneliti akan kebesaran Al Qur'an & tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat & pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal & haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid & kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat & amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Labels:
Renungan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment