Followers

Labels

Sunday, October 31, 2010

Exam Datang Lagi - Hadapi dengan Tenang

Salam semua..

Exam di Uni saya dh dekat..
skrg dh msuk mggu stdy week..
n saya mseh smpat ber"BLOG"-ing..
hahahahaha~

Entri kali ini saya just nak share pasal exam..

Pa yang patut kita buat b4 exam, during exam n after exam..
naaa~ 3 dalam 1 k0t~
heee~

b4 exam -

ap yg ptut kita wat kalau bukan study kan..
kalau study 2..
jgn perah otak sampai nk terbonjol kuar..
kita kna rest, njoy gak time 2..

b4 study baik kita memulakan dengan BASMALLAH..
bukan untuk study jew..
untuk ap2 urusan moga2 diberkati..

بسم الله الر حمن الر حيم

Maksudnya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Lepas 2 korang baca DOA PENERANG HATI..
InsyaALLAH mudah la korang nak terima ilmu 2..

أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ
رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu
kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Doa penerang hati nie korang leh bce B4 KORANG STUDY n JAWAB PAPER EXAM t..
Jadikan ia sebagai amalan korang...

Kalau korang nak mudah menghafal..
Korang leh baca DOA MUDAHKAN HAFALAN..

آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ
وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ

Maksudnya : Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul
dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu
kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Amalkan doa ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan hafalan.

Sekiranya korang stress time study..
relax, take a nap ke..
take a rest ke..
x kan nk study je..

Korang minta ALLAH beri petunjuk kepada korang..
Dengan DOA MENDAPAT PETUNJUK..

رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا
مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Maksudnya : Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk
dan berikanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi

Selalu la korang memohon kepada-Nya agar mendapat petunjuk dari-Nya..

During Exam plak -

Macam korang x biasa..ad student yang mseh dok balek2 note b4 msuk dewan/bilik peperiksaaan..
takut sangat la 2..baru ujian dunia k0t~

Tenangkan diri bila korang start kuar bilik..
baca la doa tenang kan hati..
nak tenang kan hati 2 senang je..

zikir je..
kalau kita ingat ALLAH..
Hati kita akan tenang..
InsyaALLAH..

Time kat bilik/dewan exam plak..
korang baca la SELAWAT ke atas NABI MUHAMMAD S.A.W byk..
b4 buka paper exam 2..
bca la DOA PENERANG HATI..
biar tenang hati korang time jawab exam 2..

Kalau la korang terlupa something time exam 2..
Baca la DOA APABILA TERLUPA..
InsyaALLAH akan dipermudahkan urusan korang time jawab..

سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ

Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.

After Exam :

Jangan Plak lepas exam korang tinggal kan smua nie..
Korang harus bertawakal kepada-Nya..
Berserah kepada ALLAH 100% kerana semua usaha korang x buat..
Tggu hasil je..
Dh terima result nnt jgn plak korang x puas hati..

Yang bernazar plak, jgn x buat kalau result korang dah capai target yang korang nak..
DOSA kalau x buat..

INGATALAH "USAHA HAK KITA, TETAPI KEJAYAAN ALLAH KURNIAKAN"

OK, Sampai sini je la entri kali nie..
Saya pun nak study..
ALL THE BEST ^_^



link doa : http://www.freewebs.com/alhadith/akhlak.htm

Tuesday, October 26, 2010

5F Senjata Yahudi Tumbangkan Islam

Assalamua’laikum..
Post kali ni saya nak kongsikan apa yang baru saya temukan..

Sedar or secara tak sedar..Minda kita sekarang telah pun dijajah oleh suatu bangsa yang cukup kuat sekarang iaitu BANGSA YAHUDI..

Apa yang ingin saya kongsi kan disini “SENJATA” yang digunakan oleh Yahudi bagi menguasai minda dan merosakkan akhlak serta aqidah manusia ialah 5F..

5F??? Tahukah kalian apa itu 5F..

5F tersebut ialah :

• Film
• Family
• Fashion
• Fun
• Food

1. Filem OH Filem..

“Senjata” pertama Yahudi kuasai kita..
Bagaimana “DIORANG” kuasai kita???

Melalu filem, yahudi menyelitkan unsur-unsur negative yang bercorakkan filem yang mengandungi unsur-unsur lucah. HOLLYWOOD dikuasai oleh orang yahudi. Dan kita boleh tengok filem yang dihasil kan oleh kaum terkutuk tersebut menghasilkan filem yang mengandungi 18SX. Dan zaman sekarang, filem berupa ini menjadi tuntutan para remaja.
Sekarang kita juga boleh lihat Filem Malaysia, dikuasai oleh yahudi. Dimana kita boleh lihat, pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita. Para pelakon [laki & wanita] boleh tidur di 1 katil. Ada juga cerita yang menerapkan unsur2 sihir dan melawan takdir Allah. Ini jelas menunjukkan aqidah seorang Islam telah jatuh dan dikuasai oelh yahudi..

Confirm yahudi ketawa besar!!!!

2. Family

Ada apa dengan famili..

Mari kita lihat ----> z0oM in

Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan orang Islam boleh hidup bebas, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain. Kes-kes seperti ini banyak berlaku di atas muka bumi. Tambahan pula pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati berdansa.

Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi trend hari ni, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut dengan sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna.

Aduhhh~~ jatuh lah institusi keluarga tersebut..

3. Fashion Gitu..

Fesyen sudah menjadi satu budaya di dalam dunia sekarang..Semua nak berfesyen..
Sampaikan nenek-nenek pun nak berfesyen..

Tak tau la apa nak jadi kn???

Bagaimana yahudi pengaruh minda & akidah seorang Islam dengan fesyen???

Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata.
Bukan itu sahaja, sedangkan fesyen bertudung pun turut tidak ketinggalan dalam dunia fesyen ini. Apa yang saya dapati, ada fesyen tudung yang tidak mengikut syara’. Kita semua tahu, tudung mesti menutupi bahagian dada setiap wanita, akan tetapi lain yang jadi.

Tudung sekarang seolah-olah “terangkat”. Dimana ia mendedahkan bahagian dada wanita tersebut. Mereka seolah-olah ingin menonjolkan “sape lagi besar k0t” ??? [Maaf atas kekasaran bahasa disitu, sesiapa terasa harap berubah]

4. Fun [HIBURAN]

Kegilaan Muslim dengan hiburan sebenarnya adalah hasil jarum halus yahudi. Program hiburan seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor dan sebagainya adalah program yg menjuruskan muslim kepada perasaan cintakan hiburan atau hedonism[perkataan baru belajar]. Ini belum termasuk hiburan konsert yg penuh maksiat, pesta2 hiburan dan sebagainya.

Islam tidak melarang umatnya berhibur. Baru-baru ini, saya dapat info/maklumat mengenai hiburan. Satu forum di UMS yang bertajuk “Tak Salah Berhibur”. Bagi saya satu topik yang menarik itu diperisukan disitu. Semasa forum tersebut, bukan sahaja panel beragama Islam [Ustaz Murthada’] yang hadir malah panel beragama Kristian turut hadir yang merupakan seorang paderi.

Info yang teman saya beri yang dia dapat dari forum tersebut :

“Tak salah berhibur. Mnusia perlukan hiburan, kita bkan robot yang xda perasaan, hiburan tu indah, xbleh nafikan,, malah da jdik sbhagian drpd hdup kita. dikatakan bhw Allah itu maha indah, dan suka pda keindahan, n islam agama syumul x prnah larang umatnya utk brhibur, ambil tau psal hburan,etc. cmanya dtkankan gris panduan,, dlam berhibur pun ada panduannya, tata susilanya”

* Kredit untuk sahabat saya di UMS

Memang betul apa yang dikatakan. Kita boleh lihat matlamat Islam begitu jelas. Bukan sahaja untuk setengah aspek tetapi menyeluruh. [terang lagi bersuluh]
Sedangkan agama lain juga tidak menggalakkan penganutnya berhibur secara berlebih-lebihan. Bukan sahaja Islam melarang, bahkan agama lain turut melakukan benda yang sama.

5. Food [Makanan]

Tindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seuruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, McCdonald dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, banyak kandungan makanan zaman sekarang mengandungi lemak khinzir. Kita kena mengambil langkah berjaga-jaga kerana ini penting. Dan pihak yahudi tahu, sekiranya umat Islam makan makanan yang haram [khinzir], ia akan membuatkan kita menjadi malas. Malas untuk beribadat. Sekiranya ini berlaku, kita akan menjauhi diri dengan Allah S.W.T. Itulah pihak yahudi suka Mereka juga tahu sekiranya kita makan [khinzir], amal ibadat kita akan ditolak. Cuba bayangkan, setiap hari kita memakannya [disedari/tidak disedari] bila doa amalan kita akan dimakbulkan.

List berkaitan makanan yang mengandungi lemak khinzir boleh anda lihat di link ini..

http://www.pelbagai.com/yahudi/serangan-babi-ke-atas-negara-islam/

HEBAT sungguh Yahudi mempermainkan Umat Islam.

So, renung-renungkan la..
Wasalam ^_^

Sunday, October 24, 2010

4 Sifat Hati



Assalamua’laikum n Apa khabar..
Entri kali nie saya nak kongsi tentang HATI manusia plak..
Seperti yang kita sedia maklum..HATI nie organ penting..
n HATI nie salah 1 ciptaan yang unik oleh-NYA..

4 Sifat HATI

a. HATI BUAS
b. HATI BINATANG
c. HATI SYAITAN
d. HATI SIFAT-SIFAT KETUHANAN

Ke-4 empat sifat hati ini menurut seorang tokoh ISLAM yang TERKENAL -----> IMAM GHAZALI
Siapa yang tak kenal IMAM GHAZALI --->> orang BARAT pun kenal..

a. HATI BUAS
- apabila hati dikuasai oleh perasaan marah ia melahirkn sifat buas seumpama binatang buas.Waktu itu, lahirlah sifat bermusuhan,bersengketa,menyerang dan memaki hamun

- Buktinya, lihat tindakkan kaum nabi ibrahim selepas baliau menyampaikan risalah Allah kepada mereka. Dalam surah Al-Anbiya ayat 68:

Allah berfirman yg bermaksud, "Mereka(kaum Nabi Ibrahim)berkata,'Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu jika kamu benar-benar hendak bertindak'."

- Pada masa itu ,kaum Nabi Ibrahim bersikap buas tanpa dapat dikawal.

b. HATI BINATANG
- Apabila hati manusia dikuasai nafsu syahwat pula,maka akan lahirlah sifat binatang.Dikala itu akan terserlah kerakusan,ketamakan,keangkuhan dan sifat mementingkan diri.

- Inilah sifat-sifat yang dimilliki oleh Qarun seperti yang dijelaskan dalam surah Al-Qasas pada ayat 78 yang bermaksud:

"Qarun berkata,"sesungguhnya aku diberikan harta kerana ilmu yang aku miliki.apakah dia tidak mengetahui bahawa Allah membinasakan umat-umat terdahulu sedangkan mereka lebih kuat dan lebih banyak menghimpun harta daripadanya".

- Begitu angkuhnya Qarun ini yang pada permulaan hidupnya dia tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh.Manusia ini umpama binatang yang sesat.Nafsu syahwat di dalam diri mereka menutup pemikiran serta hati sehingga menjadi buta daripada kebenaran.

Dalam surah al-a'raf pada ayat 179,Allah swt menjelaskan :"sesungguhnya kami jadikan neraka jahanam itu untuk kebanyakan jin dan manusia.mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat-ayat Allah,mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat kekuasaan Allah,dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ayat-ayat ALLAH.Mereka seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah golongan yang lalai"

c. HATI SYAITAN
- Hati ini muncul sekiranya penyalahgunaan kehebatan yang telah dikurniakan oleh ALLAH S.W.T. kepada hamba-Nya.

- Demikianlah yang terjadi pada Firaun.ALLAH swt menjelaskan dalam surah al-Qasas pada ayat 4 :

"Sesungguhnya firaun berbuat sewenang-wenangnya di muka bumi. Dia menjadikan penduduknya berpecah belah dengan cara menindas sebahagian mereka.Dia juga membunuh anak-anak lelaki dan membiarkan anak-anak perempuan terus hidup. Sesungguhnya firaun termasuk dalam golongan orang-orang yang membuat kerosakan".

- Cuba kita lihat zaman sekarang, kebanyakkan manusia mempunyai hati bersifat Syaitan. Lihat sahaja kes-kes penderaan kanak-kanak,pembuangan bayi dan sikap ulama' suk yang cuba menjual agamanya.Bukan kerana ketiadaan ilmu,tetapi ia ditelah disesatkan oleh ilmu yang dimiliki disamping dirinya disesatkan oleh sifat-sifat syaitan.

d. HATI SIFAT-SIFAT KETUHANAN
- dia mencari kemuliaan,kekuasaan, kemerdekaan, keilmuan serta kehebatan.Semua ini digunakan bagi membina kecemerlangan dan keunggulan.

- Imam Ghazali pernah berkata:

"Berbekalkan ilmu dan keyakinan ini (penglihatan mata hati iaitu dikenali ilmu mukasyafah) . Seseorang yang dikurniakan ilmu ini,mereka akan mengenali rahsia-rahsia Allah secara langsung dari Allah swt. Hati manusia akan menjadi bersih dan hasilnya adalah kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Demikianlah hati yang dimiliki oleh para sahabat rasulullah serta para solehin terdahulu.

- Saiyidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata:

"Sesungguhnya Allah mempunyai rencana di muka bumi dan ia adalah dalam bentuk hati-hati manusia. Hati yang paling dikasihi oleh Allah SWT adalah hati yang paling lemah lembut ,yang paling suci dan paling keras. Maksud yang paling keras ialah yang paling kuat berpegang pada agama Allah. Maksud paling suci ialah yang paling suci daripada sudut keyakinan dan maksud paling lemah lembut ialah yang paling lemah lembut kepada sahabat dan taulan"

So, HATI kita di bahagian mana satu..
Renung-renungkan lah wahai sahabat..
>_<