Followers

Labels

Sunday, October 24, 2010

4 Sifat Hati



Assalamua’laikum n Apa khabar..
Entri kali nie saya nak kongsi tentang HATI manusia plak..
Seperti yang kita sedia maklum..HATI nie organ penting..
n HATI nie salah 1 ciptaan yang unik oleh-NYA..

4 Sifat HATI

a. HATI BUAS
b. HATI BINATANG
c. HATI SYAITAN
d. HATI SIFAT-SIFAT KETUHANAN

Ke-4 empat sifat hati ini menurut seorang tokoh ISLAM yang TERKENAL -----> IMAM GHAZALI
Siapa yang tak kenal IMAM GHAZALI --->> orang BARAT pun kenal..

a. HATI BUAS
- apabila hati dikuasai oleh perasaan marah ia melahirkn sifat buas seumpama binatang buas.Waktu itu, lahirlah sifat bermusuhan,bersengketa,menyerang dan memaki hamun

- Buktinya, lihat tindakkan kaum nabi ibrahim selepas baliau menyampaikan risalah Allah kepada mereka. Dalam surah Al-Anbiya ayat 68:

Allah berfirman yg bermaksud, "Mereka(kaum Nabi Ibrahim)berkata,'Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu jika kamu benar-benar hendak bertindak'."

- Pada masa itu ,kaum Nabi Ibrahim bersikap buas tanpa dapat dikawal.

b. HATI BINATANG
- Apabila hati manusia dikuasai nafsu syahwat pula,maka akan lahirlah sifat binatang.Dikala itu akan terserlah kerakusan,ketamakan,keangkuhan dan sifat mementingkan diri.

- Inilah sifat-sifat yang dimilliki oleh Qarun seperti yang dijelaskan dalam surah Al-Qasas pada ayat 78 yang bermaksud:

"Qarun berkata,"sesungguhnya aku diberikan harta kerana ilmu yang aku miliki.apakah dia tidak mengetahui bahawa Allah membinasakan umat-umat terdahulu sedangkan mereka lebih kuat dan lebih banyak menghimpun harta daripadanya".

- Begitu angkuhnya Qarun ini yang pada permulaan hidupnya dia tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh.Manusia ini umpama binatang yang sesat.Nafsu syahwat di dalam diri mereka menutup pemikiran serta hati sehingga menjadi buta daripada kebenaran.

Dalam surah al-a'raf pada ayat 179,Allah swt menjelaskan :"sesungguhnya kami jadikan neraka jahanam itu untuk kebanyakan jin dan manusia.mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat-ayat Allah,mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat kekuasaan Allah,dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ayat-ayat ALLAH.Mereka seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah golongan yang lalai"

c. HATI SYAITAN
- Hati ini muncul sekiranya penyalahgunaan kehebatan yang telah dikurniakan oleh ALLAH S.W.T. kepada hamba-Nya.

- Demikianlah yang terjadi pada Firaun.ALLAH swt menjelaskan dalam surah al-Qasas pada ayat 4 :

"Sesungguhnya firaun berbuat sewenang-wenangnya di muka bumi. Dia menjadikan penduduknya berpecah belah dengan cara menindas sebahagian mereka.Dia juga membunuh anak-anak lelaki dan membiarkan anak-anak perempuan terus hidup. Sesungguhnya firaun termasuk dalam golongan orang-orang yang membuat kerosakan".

- Cuba kita lihat zaman sekarang, kebanyakkan manusia mempunyai hati bersifat Syaitan. Lihat sahaja kes-kes penderaan kanak-kanak,pembuangan bayi dan sikap ulama' suk yang cuba menjual agamanya.Bukan kerana ketiadaan ilmu,tetapi ia ditelah disesatkan oleh ilmu yang dimiliki disamping dirinya disesatkan oleh sifat-sifat syaitan.

d. HATI SIFAT-SIFAT KETUHANAN
- dia mencari kemuliaan,kekuasaan, kemerdekaan, keilmuan serta kehebatan.Semua ini digunakan bagi membina kecemerlangan dan keunggulan.

- Imam Ghazali pernah berkata:

"Berbekalkan ilmu dan keyakinan ini (penglihatan mata hati iaitu dikenali ilmu mukasyafah) . Seseorang yang dikurniakan ilmu ini,mereka akan mengenali rahsia-rahsia Allah secara langsung dari Allah swt. Hati manusia akan menjadi bersih dan hasilnya adalah kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Demikianlah hati yang dimiliki oleh para sahabat rasulullah serta para solehin terdahulu.

- Saiyidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata:

"Sesungguhnya Allah mempunyai rencana di muka bumi dan ia adalah dalam bentuk hati-hati manusia. Hati yang paling dikasihi oleh Allah SWT adalah hati yang paling lemah lembut ,yang paling suci dan paling keras. Maksud yang paling keras ialah yang paling kuat berpegang pada agama Allah. Maksud paling suci ialah yang paling suci daripada sudut keyakinan dan maksud paling lemah lembut ialah yang paling lemah lembut kepada sahabat dan taulan"

So, HATI kita di bahagian mana satu..
Renung-renungkan lah wahai sahabat..
>_<






No comments:

Post a Comment