Wednesday, January 12, 2011
Sahabat Akhir Zaman
Sahabat di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya
Sahabat di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka
Sahabat di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat
Sahabat di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba
Sahabat di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan sunnah barat
Yang melupakan kehidupan akhirat
Sahabat di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur
Sahabat di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyayian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan
Sahabat di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh
sumber : hanan.com [portal komuniti muslimah]
Ingatlah salah satu perkara yang sukar dicari di akhir zaman ialah sahabat sejati seperti yg disebut oleh Rasullulah S.A.W.
Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.Oleh itu, sekiranya kita mempunyai walau seorang sahabat sejati..
Besyukurlah kerana mereka (sahabat) yg akan menemani anda semasa susah dan senang..
InsyaALLAH..
Marilah sama-sama kita renung-renungkan & Selamat Beramal..
Assalamua'laikum ^__^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam...
ReplyDeletesahabat sejati ssh d cri.
kdg2 mereka b'pura2 mnyukai kita.
sdgkn kita slalu mnjaga hti mereka.
rmai kwan yg cmburu dgn kejayaan kita shgga sggup mnfitnah kwn sndri...2 bkn shabat nmanye.
ingin skali m'cri shabat tp sering kali dpt kwn yg mkn kwn.
dunia m'perdayakn mereka.
bnc sring kli menyelinap d hati tp hnya sabar yg ku mampu.
hmmm....emo ckit sejak akhir2 nie ble ckp sal sahabat, kwn n teman.
~~~susan~~~
waa'laikumussalam..
ReplyDeletecarilah sahabat yg berciri kan ini..
insyaALLAH dia merupakan sahabat sejati..
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Sahabat, ingatkan aku jika aku leka dgn hal keduniaan~ T_T
ReplyDeleteinsyaALLAH..
ReplyDeletesama2 la kita ingat mengingati..
dunia ini luas..
byk la godaan n dugaan nya..
s0..sama2 lah kita rempuhi nya..
hehehehe
sahabat kena jadi cermin.
ReplyDeletecermin untuk yang baik dan juga yang buruk.
nilai sendiri persahabatan kalau si sahabat tidak mengerti.