Followers

Labels

Sunday, January 9, 2011

Kenapa ALLAH Murka



" Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menjadi angkuh dan sombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi". Al-Araat(133)

Nabi Muhammad S.A.W sejak 14 abad yang lalu menyebut secara jelas faktor, sebab atau punca berlakunya bala yang dikirim oleh Allah S.W.T ke atas umat baginda:


1. Ilmu Islam akan beransur hilang sedikit demi sedikit
2. Umat Islam sanggup mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka.
3. Muncul golongan antihadis (yang tidak dibendung)
4. Umat Islam yang terlalu banyak bergelumang dalam keseronokan.
5.Terlampau mewah.
6. Ibu melhirkan tuannya.
7. Bangunan pencakar langit.
8. Muncul ramai ahli ibadat tetapi jahil dan ramai golongan ulama.
9. Menghimpunkan harta sebanyak mungkin (hingga lupa untuk menggarap ilmu agama).
10. Tipu menipu dalam perkara dunia.
11. Saling bertengkar dalam urusan remeh-temeh(yan sepatutnya boleh dimaafkan).
12. Tersebar luas hasad dengki serta hasut-menghasut dalam kalangan mereka.
13. Riba wujud di mana-mana.
14. Ramai orang minum arak dan menamakannya sebagai bukan arak.
15. Golongan lelaki semakin sedikit dan golongan wanita semakin ramai.
16. Golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya.
17. Orang yang baik terlalu sedikit, malah orang jahat semakin ramai.
18. Muncul orang yang tidak peduli sumber harta yang diperolehinya.
19. Berlaku peperangan demi peperangan.
20. Masa yang menjadi singkat.
21. Islam dianggap sebagai agama asing atau berdagang di negara Islam sendiri.
22. Berleluasa amalan rasuah dengan pelbagai bentuk dan helah.
23. Muncul galian-galian bumi.
24. Al-Quran akan hilang dari ilmu akan diangkat mengadap Allah.
25. Bermegah-megah dengan keindahan masjid dan kosong dengan pengisian agama.
26. Menggadai agama kerana dunia.
27. Perlaksanaan haji dan umrah bukan kerana Allah.
28. Harta negara bertukar tangan dalam kalangan pemimpin.
29. Sesuatu amanah dianggap sebagai batu.Ujian yang dahsyat terhadap iman.
30. Peperangan di kawasan Sungai Furat kerana merebut kekayaan.
31. Ketiadaan iman untuk bersolat berjemaah.
32. Loncatan untuk mengaut kuntungan.
33. Bayar zakat dianggap sebagai denda/saman.
34. Suami yang terlalu tunduk kepada isteri.
35. Anak-anak yang menderhaka terhadap ibubapa mereka.
36. Muncul ramai orang yang patuh dan setia yang tidak berbelah-bagi terhadap kawan dan rakan.
37.Golongan bapa yang hampa kerana disia-siakan oleh anak mereka sendiri.
38. Berlaku pertengkaran dalam masjid.
39. Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatan.
40. Apabila orang rendah maruahnya dipilih menjadi ketua sesuatu kaum.
41. Apabila minuman keras tersebar luas.
42. Ramai golongan lelaki memakai sutera.
43. Artis-artis wanita diagung-agungkan.
44. Alat-alat muzik diguna pakai (sebagai mata pencarian)
45.Kesilapan manusia hari ini mengutuk generasi terdahulu.

Apabila perkara yang disebut berlaku, maka kata Nabi, tunggulah, ketika itu akan datang kepada manusia angin panas, ribut taufan, puting beliung dan bahaya-bahaya yang lain hingga berlaku penukaran corak dan rupa.

Mari lah kita sama-sama menghayati..

sumber : ukhwah.com

Assalamua'laikum

No comments:

Post a Comment