Monday, February 21, 2011
CINTA..
Assalamua’laikum & Salam buat semua
Enrti kali ini berkisar tentang cinta, (Cinta Lagi)
Kali ini, hamba-Nya ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang hamba-Nya peroleh. Cinta itu fitrah & hamba-Nya yakin semua mengetahuinya.
Dan apa tujuan ALLAH menganugerahkan perasaan cinta kepada kita. Dan mengapa cinta ini wujud dalam diri kita.?
JENG JENG JENG...
TUJUAN CINTA.
Tujuan cinta ialah sebagai jalan untuk menjadi hamba ALLAH. Cinta diberi kepada manusia untuk manusia memperhambakan diri mereka kepada-Nya.
Bagaimana? Sekiranya kita mencintai diri kita, sudah pasti kita ingin mencari jalan yang direhai oleh-Nya. ALLAH mencintai semua hamba-Nya lebih-lebih lagi yang taat kepada perintah & suruhan-Nya. Yang menjalankan AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR.
Tujuan cinta yang lain wujudnya perasaan kasih saying antara manusia dengan manusia, manusia dengan makhluk ALLAH.
Dan ketahuilah di zaman sekarang terdapat 4 pandangan cinta yang dapat diklasfikasikan oleh seorang ustaz di UMP (program ini diadakan di U hamba-Nya).
4 pandangan cinta tersebut :
1.Pandangan Biasa
2.Pandangan Akal
3.Pandangan Nafsu
4.Pandangan Hati.
PANDANGAN BIASA – Ini merupakan cinta pandangan pada peringkat remaja zaman sekarang. Mereka bercinta hanya untuk keseronokan dunia. Hanya kerana untuk suka-suka (cuba try test). N statistic menyatakan (lebih dari 90%) pasangan ‘couple’ anak muda ini tidak akan berkahwin dengan pasangan mereka. Waallahualam.
PANDANGAN AKAL – Cinta ini berasaskan pandangan bagi orang yang mengkaji cinta. Cinta yang berkait rapat dengan psikologi. (Maaf tidak tahu banyak tentang cinta ini (=..=)
PANDANGAN NAFSU – Cinta ini cinta paling bahaya. Cinta ini hanya kerana ingin memenuhi kemahuan seks mereka semata-mata. Cinta ini hanyalah untuk cinta antara binatang kerana binatang tidak mempunyai akal. Inilah yang membezakan manusia dengan binatang. Tapi, zaman sekarang kebanyakan manusia bercinta pada pandangan ke-3. Nafsu ini ibarat air laut. Semakin kita minum semakin terasa haus. Begitu juga nafsu, semakin kita turuti, semakin kita inginkan.
PANDANGAN HATI – Cinta ini disebutkan sebagai ‘hadiah’. Cinta yang dinilai melalui hati merupakan cinta yang ALLAH anugerah kepada kita. Cinta yang berkait rapat dengan hati ini juga berkait dengan cinta manusia dengan ALLAH S.W.T. Cinta yang tulus kerana ALLAH lebih mulia kerana kita mencintaia seseorang hanya kerana ALLAH S.W.T. Dan orang yang kita cintai kerana ALLAH itu juga akan turut merasakan benda yang sama kerana kedua-dua belah pihak mempunyai misi yang sama iaitu ALLAH. Inilah TUJUAN SEBENAR CINTA.
Inilah sedikit sebanyak info yang Hamba-Nya dapat kongsikan.
Renung-renungkanlah dan Selamat Beramal.
Assalamua’laikum. ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment